Friday, 6 June 2014



PENYEJUKBEKUAN

Makanan yang disejukbekukan biasanya boleh tahan lebih lama. Penyejukbekuan memerlukan peti sejukbeku yang melibatkan suhu dibawah takat beku yang boleh menyekat bakteria daripada membiak dan merosakkan makanan.

Bahan makanan yang disimpan di tempat sejukbeku adalah seperti  ikan ,daging, dan banyak lagi makanan laut yang tidak boleh tahan lama pada suhu persekitaran.

Pada masa sekarang, teknik penyejukbekuan sangat penting dalam pelbagai aspek kegunaan manusia tidak kira dalam sektor perikanan, perniagaan , pertanian dan industri.


Contoh-contoh bahan yang disejukbeku.




bebola ikan, sosej dan daging beku

udang beku


pelbagai jenis ikan yang sedang beku



Thursday, 5 June 2014

PENGASINAN 
( TELUR )



telur masin




Kaedah pengasinan telur telah lama dilakukan supaya telur tersebut boleh tahan lebih lama dan masih selamat dimakan. Telur yang diawet dengan cara ini juga lazat dan boleh meningkatkan selera makan bagi penggemarnya.

Syabas!! Saya ucapkan kepada beberapa orang murid yang telah berjaya membuat telur masin dan telah dihantar kepada saya sebagai eviden.

Di sini saya muatkan kaedah mengawet telur dengan teknik pengasinan.

Bahan yang diperlukan :

2 biji telur ayam
2 cawan air
1 cawan garam
1 bekas kedap udara

Langkah-langkah penyediaan :

a)      Panaskan air
b)     Masukkan garam dan kacau sehingga larut.Simpan dalam bekas yang tertutup dan biarkan sejuk.
c)    Masukkan telur.Letakkan di bahagian dingin peti sejuk.
d)   Biarkan selama 2 minggu.
e)    Rebus telur selama 10 minit.
f)    Kupas dan potong telur
g)    Buat pemerhatian dan rasa kemasinannya.
h)    Nikmati kelazatannya bersama nasi putih.




Saturday, 3 May 2014

PENGAWETAN BAHAN MAKANAN

TEKNIK PENGERINGAN

Teknik ini  digunakan dari zaman dulu lagi.Bahan makanan yang dikeringkan biasanya makanan laut seperti ikan,udang,sotong dan lain-lain lagi. Disamping itu, cili kering, asam keping juga merupakan makanan yang dikeringkan supaya tahan lebih lama.Walaupun khasiat makanan yang dikeringkan ini berkurang,namun ianya masih boleh dimakan dan banyak resepi yang menarik melibat bahan makanan kering ini.
PENGETINAN BAHAN MAKANAN

Teknik pengetinan sangat sesuai digunakan untuk memastikan makanan tahan lebih lama.Makanan yang biasa kita lihat ditinkan seperti ikan, buah-buahan, sos , rempah ratus dan berbagai-bagai lagi.Proses mengetin makanan dibuat di kilang mengetin makanan.


Makanan yang ditinkan mengalami proses pengawetan dan menyebabkan khasiatnya berkurang.Namun makanan yang diawet masih elok untuk dimakan sehingga tamat tarikh luputnya.


proses pengetinan




Friday, 18 April 2014

Pengawetan Bahan Makanan


PENGAWETAN BAHAN MAKANAN
( Buah-buahan @ sayuran )

Banyak yang perlu dipelajari dalam topik ini. Saya akan menerangkan teknik-teknik mengawet makanan yang terlibat dalam sukatan mata pelajaran Sains tahun 6.


Jom....Kita mulakan dengan kaedah PENJERUKAN.

Bahan :

Satu jenis bahan makanan yang dipilih ( timun )
3 cawan air gula pekat
2 sudu cuka
1 sudu garam

Peralatan diperlukan :

1 bekas @ balang kedap udara
sebatang sudu
bekas (untuk mencuci )
sebilah pisau

Langkah-langkah aktiviti :

  • potong timun ( tak kira...bulat atau memanjang )...jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.
  • cuci timun hingga bersih
  • sediakan larutan...masukkan air gula pekat ke dalam bekas kedap udara.
  • masukkan cuka dan garam,kacau hingga sebati.
  • masukkan timun yang telah dibersihkan tadi.
  • tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk selama tiga hari.
  • rekodkan pemerhatian ( rasa jeruk kamu ) selepas tiga hari,
 Mari kita lihat caranya....jeruk timun pedas


                                          potong timun secara membulat
                                          memanjang pon boleh....



cuci bersih-bersih...


                              masukkan sesudu garam ke dalam air gula


kacau sehingga larut.....


                                              masukkan sesudu cuka
                                             

          kacau lagi....rasa terlebih dahulu, pastikan rasanya sedap, cukup manis,
                                               masin dan masamnya...


masukkan timun yang telah siap dibersihkan tadi


masukkan cili padi untuk rasa yang lebih sedap


dah siap...tutup rapat,simpan didalam peti sejuk
selepas tiga hari,sila rasa kelazatannya


bangga sungguh dengan hasil air tangan sendiri


ni....nak jadi pengusaha jeruk kecil-kecilan satu hari nanti....


Ini hasilnya...kata rakan-rakan,jeruk dari air tangan
Irfan ni sangat lazat....tahniah!!

ingin maklumat lanjut teknik membuat jeruk?