PENGASINAN
( TELUR )
telur masin |
Kaedah pengasinan telur telah lama dilakukan supaya telur tersebut boleh tahan lebih lama dan masih selamat dimakan. Telur yang diawet dengan cara ini juga lazat dan boleh meningkatkan selera makan bagi penggemarnya.
Syabas!! Saya ucapkan kepada beberapa orang murid yang telah berjaya membuat telur masin dan telah dihantar kepada saya sebagai eviden.
Di sini saya muatkan kaedah mengawet telur dengan teknik pengasinan.
Bahan yang diperlukan :
2 biji telur ayam
2 cawan air
1 cawan garam
1 bekas kedap udara
Langkah-langkah penyediaan :
a) Panaskan air
b) Masukkan garam dan kacau sehingga larut.Simpan dalam bekas yang tertutup dan biarkan sejuk.
c) Masukkan telur.Letakkan di bahagian dingin peti sejuk.
d) Biarkan selama 2 minggu.
e) Rebus telur selama 10 minit.
f) Kupas dan potong telur
g) Buat pemerhatian dan rasa kemasinannya.
h) Nikmati kelazatannya bersama nasi putih.
No comments:
Post a Comment