PENGAWETAN BAHAN MAKANAN
( Buah-buahan @ sayuran )
Banyak yang perlu dipelajari dalam topik ini. Saya akan menerangkan teknik-teknik mengawet makanan yang terlibat dalam sukatan mata pelajaran Sains tahun 6.
Jom....Kita mulakan dengan kaedah PENJERUKAN.
Bahan :
Satu jenis bahan makanan yang dipilih ( timun )
3 cawan air gula pekat
2 sudu cuka
1 sudu garam
Peralatan diperlukan :
1 bekas @ balang kedap udara
sebatang sudu
bekas (untuk mencuci )
sebilah pisau
Langkah-langkah aktiviti :
- potong timun ( tak kira...bulat atau memanjang )...jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.
- cuci timun hingga bersih
- sediakan larutan...masukkan air gula pekat ke dalam bekas kedap udara.
- masukkan cuka dan garam,kacau hingga sebati.
- masukkan timun yang telah dibersihkan tadi.
- tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk selama tiga hari.
- rekodkan pemerhatian ( rasa jeruk kamu ) selepas tiga hari,
potong timun secara membulat
memanjang pon boleh....
cuci bersih-bersih...
masukkan sesudu garam ke dalam air gula
kacau sehingga larut.....
masukkan sesudu cuka
kacau lagi....rasa terlebih dahulu, pastikan rasanya sedap, cukup manis,
masin dan masamnya...
masin dan masamnya...
masukkan timun yang telah siap dibersihkan tadi
masukkan cili padi untuk rasa yang lebih sedap
dah siap...tutup rapat,simpan didalam peti sejuk
selepas tiga hari,sila rasa kelazatannya
bangga sungguh dengan hasil air tangan sendiri
ni....nak jadi pengusaha jeruk kecil-kecilan satu hari nanti....
Ini hasilnya...kata rakan-rakan,jeruk dari air tangan
Irfan ni sangat lazat....tahniah!!
ingin maklumat lanjut teknik membuat jeruk?
Maaf cikgu...lambat komen.......Terima kasih cikgu ajar kami buat jeruk...:). Thx atas pujian yg cikgu berikan kepd kami....... :) (⊙o⊙)
ReplyDeleteitu dah mmg tugas saya haziq,,,harap lepas ni semua murid saya boleh buat jeruk yang sedap...tapi ingat,...tak boleh makan jeruk banyak-banyak...
ReplyDelete