PENYEJUKBEKUAN
Makanan yang disejukbekukan biasanya boleh tahan lebih lama. Penyejukbekuan memerlukan peti sejukbeku yang melibatkan suhu dibawah takat beku yang boleh menyekat bakteria daripada membiak dan merosakkan makanan.
Bahan makanan yang disimpan di tempat sejukbeku adalah seperti ikan ,daging, dan banyak lagi makanan laut yang tidak boleh tahan lama pada suhu persekitaran.
Pada masa sekarang, teknik penyejukbekuan sangat penting dalam pelbagai aspek kegunaan manusia tidak kira dalam sektor perikanan, perniagaan , pertanian dan industri.
Contoh-contoh bahan yang disejukbeku.
bebola ikan, sosej dan daging beku |
udang beku |
pelbagai jenis ikan yang sedang beku |